Wednesday, February 29, 2012

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-28 DI KAMPONG BUNUT


Dengan hormat, sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Takmir Muslimah Masjid Kg. Bunut, dengan kerjasama Majlis-Majlis Perundingan Kg. Bunut Perpindahan, Tasek Meradun-Bunut, Madewa, Telanai dan Sungai Ketam, serta Persatuan IKERAB, akan mengadakan Majlis Walkaton Merdeka, serta Peraduan Mewarna dan Menulis Jawi bagi kanak-kanak.

Peraduan Mewarna dan Menulis Jawi bagi kanak-kanak akan diadakan pada: Hari: Jumaat Tarikh: 2hb Mac 2012 Tempat: Masjid Kg. Bunut *Untuk pendaftaran serta keterangan lanjut, sila ke Masjid Kg. Bunut dan berjumpa dengan Imam Masjid Kg. Bunut.

Majlis Walkaton Merdeka akan diadakan pada: Hari: Ahad Tarikh: 4hb Mac 2012 Jam: 6.30 Pagi Bermula dari: Taman Persiaran Damuan Berakhir di: Masjid Kg. Bunut, dan seterusnya merasmikan potongan ribon bagi Jualan Cupcake yang berjumlah kira-kira 1000 biji.

Sesiapa yang ingin mendapatkan kupon bagi jualan cupcake ini bolehlah mendapatkannya dengan menghubungi di talian 8622955/8621068/8722772/8191839.

Dipohonkan agar penduduk-penduduk sekitar kampong-kampong yang tersebut diatas agar hadir bersama dan memeriahkan majlis tersebut. sekian terima kasih.

Kupon-kupon berharga $6.00 untuk 4biji dan $15.00 untuk satu dozen. Marilah kita sama-sama berbelanja sambil menderma. Barakallahu fiik..



No comments: