Wednesday, May 2, 2012

BMW Z3


She gave me this project sometimes february and it was a very challenging one.. 


Tuesday, April 17, 2012

Bliss Wedding Showcase 2012 @ Empire Hotel & Country Club











Selamat malam semua. Alhamdulillah Sinah Bisc @ BWS2012 berakhir dengan cemerlang. Setinggi penghargaan buat saudara sepusat sepusing; Ryn, Reyma dan Esbee yang turut bertungkus lumus merealisasikan impianku ini. Dan jua buat anak-anak yang manis menyambut tetamu di sana; Nana, Ika, Leyn, Mairah dan Syifa. Kalian memang hebat.

p/s foto-foto dipinjam dari WHITE ROOM STUDIO dan RANOADIDAS. Terima kasih.

Monday, March 5, 2012

Semangat Anak Berunai






Ucapan setinggi terima kasihku pada Penghulu Mukim Kilanas, Ketua Kampung Bunut dan AJK Muslimah yang telah memberi kepercayaan penuh pada Sinah Bisc untuk merealisasikan impian-impian melangit itu..

Jua terima kasih pada suami dan anak-anak yang bertungkus lumus bergabung tenaga menjayakan projek mega itu, di balik tabir..



Jua ucapan terima kasih seluas laut biru buat adindaku Rahimah yang menjadi tulang belakangku..


Tanpamu pasti panji-panji itu tidak akan berseri sebegitu rupa..



Jua terima kasih pada ahli-ahli Muslimah Masjid Kampung Bunut yang begitu bersemangat berganding bahu menjayakan projek 'antak-didih' itu.

Dan semua warga mukim Kilanas yang sama-sama menyokong padu dan menyerikan majlis Amal itu.

Moga semua penat lelah abiskita akan diberi ganjaran berlipat ganda dari-NYA jua.

Dan tidak lupa juga terima kasih pada mereka-mereka yang telah berbelanja sekali gus menderma ke tabung Anak-Anak Yatim Kebangsaan Brunei.

Moga perlaburan abiskita mendapat barakah dunia dan akhirah..


Akhir kalam, salam ukhuwah semua..


Wednesday, February 29, 2012

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-28 DI KAMPONG BUNUT


Dengan hormat, sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Takmir Muslimah Masjid Kg. Bunut, dengan kerjasama Majlis-Majlis Perundingan Kg. Bunut Perpindahan, Tasek Meradun-Bunut, Madewa, Telanai dan Sungai Ketam, serta Persatuan IKERAB, akan mengadakan Majlis Walkaton Merdeka, serta Peraduan Mewarna dan Menulis Jawi bagi kanak-kanak.

Peraduan Mewarna dan Menulis Jawi bagi kanak-kanak akan diadakan pada: Hari: Jumaat Tarikh: 2hb Mac 2012 Tempat: Masjid Kg. Bunut *Untuk pendaftaran serta keterangan lanjut, sila ke Masjid Kg. Bunut dan berjumpa dengan Imam Masjid Kg. Bunut.

Majlis Walkaton Merdeka akan diadakan pada: Hari: Ahad Tarikh: 4hb Mac 2012 Jam: 6.30 Pagi Bermula dari: Taman Persiaran Damuan Berakhir di: Masjid Kg. Bunut, dan seterusnya merasmikan potongan ribon bagi Jualan Cupcake yang berjumlah kira-kira 1000 biji.

Sesiapa yang ingin mendapatkan kupon bagi jualan cupcake ini bolehlah mendapatkannya dengan menghubungi di talian 8622955/8621068/8722772/8191839.

Dipohonkan agar penduduk-penduduk sekitar kampong-kampong yang tersebut diatas agar hadir bersama dan memeriahkan majlis tersebut. sekian terima kasih.

Kupon-kupon berharga $6.00 untuk 4biji dan $15.00 untuk satu dozen. Marilah kita sama-sama berbelanja sambil menderma. Barakallahu fiik..