Tuesday, February 14, 2012

Kaki Joran



Salam selasa semua. Apa khabar anda di luar sana? Sudah lama aku tidak berkicau di sini. Kerja yang menggunung tidak menyebelahi aku untuk bermain di sini. Jika anda rindu padaku, ziarahilah aku di mukabuku Sinah Bisc di sana..

Oh yah! Aku ingin berkongsi projek minggu lalu. Seekor ikan Selunsong a.k.a Siakap buat pesta ulang tahun ayahanda saudara yang ke ENAM PULUH TAHUN. Beliau memang punya hobi memancing. Lalu puterinya meminta aku membuat sebiji kek ulang tahun bertemakan KAKI JORAN.



Beberapa hari aku memikirkan projek Kaki Joran itu.. Akhirnya aku mendapat idea juga setelah membeli ikan Selunsong di Pasaraya SKH di Manggis pagi khamis itu. Ikan Selunsong 1.5kg itu ku jadikan model untuk merealisasikan impian KAKI JORAN.



Alhamdulillah.. tanpa pernah menduga, projek itu benar-benar berjaya ku hasilkan dengan magis. Cuba perhatikan ikan dan chopping board itu... sungguh menakjubkan bukan?


Dan untuk pengetahuan anda, ikan itu daripada sebiji kek Baldu Merah yang berkrim Nuttella dan chocolate ganache. Dan chopping board itu pula dari sebiji kek Keju berkrim keju stroberi yang mewah. Dua kombinasi kek  yang cukup menggoda untuk tidak menolaknya.

Akhir kalam, selamat ulang tahun ke 60 ayahanda Hj Hussien Hj Mohd Yusof. Moga sentiasa dalam rangkulan rahmah Illahi dan berbahagia di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabb..

Salam sayang
Sinah Bisc


No comments: