Salam buat semua tetamuku di sini. Hari ahad lalu tanpa ada perancangan untuk bermain gula aising, pagi-pagi buta, adindaku menghantar pesanan yang cukup membuat aku menarik nafas panjang. Padahal tadinya aku baru sahaja menyediakan bahan-bahan untuk memasak Nasi Briyani Masala Ayam Golek Bersalut mashed potatoes. Dengan penetapan itu aku dikerahkan untuk membawa kek ulang tahun sahaja untuk majlis tahlil, sekali gus meraikan hari jadi anak saudara kita yang tiga orang itu.
Bayangkan.. Aku cuma ada dua tangan. Kakak pula awal-awal sudah angkat 'papan tanda'; "JANGAN GANGGU, PEPERIKSAAN DI HADAPAN". Lalu dalam masa kecederaan itu aku berfikir untuk membeli saja kek hari jadi yang sudah siap. TITIK. Habis cerita.
Dalam aku membuat mi soto untuk sarapan pagi, tetiba kepalaku dihujani berbagai ilham. Wira sakti. Wirawati. Putera. Puteri Raja. Gergasi. Nenek kebayan. Pondok gula-gula. Dan entah apa-apa lagi mengenai cerita 'AJAIB' yang sungguh MENGARUT.
Siap kami bersarapan anak beranak, aku pun memulakan cerita yang ku bayangkan waktu aku membuat mi soto tadi.
Lalu aku bangunkan watak seorang wira sakti dengan pakaian besi tanpa ada plan induk yang dapat ku 'carbon copy'. Setelah beberapa kali merombak wira sakti itu, akhirnya aku berjaya juga membuatnya berdiri dengan lidi sate.
Kemudian aku terus mewarnakan baju besinya dengan luster powder, warna biru langit dan warna coklat tembaga. Memang nampak gagah wira sakti itu dengan baju besi birunya. Lalu aku tambahkan lagi dengan sebilah pedang.
WOW. Aku sendiri terperanjat melihat hasinya. Sungguh menakjubkan. Bravo... (masuk lift, tekan sendiri punat tingkat paling atas).
Kemudian aku buat lagi seekor kuda putih yang bersayap sebagai teman wira sakti itu... Sejam aku melutaninya, namun sayapnya tidak mahu berkibar teggak. Akhirnya aku mengalah, lalu ku letakkan saja seorang puteri raja di atasnya.
Dan alam merepek ku pun bermula...
Sedang wira sakti membawa puteri raja bersama ketulan emas sekian banyaknya, berpindah ke istana baharu baginda, datanglah seorang ahli sihir menghalang perjalanan mereka. Ahli sihir itu sebenarnya sudah lama mengidamkan puteri raja itu dan ingin menawan harta karun baginda, SELURUHNYA. Lalu kesempatan yang ada di depan mata itu tidak di lepaskannya begitu sahaja.
Perbelahan senget pun meletus di antara wira sakti dan ahli sihir itu. Akhirnya ahli sihir itu terbunuh dengan sadisnya di tangan wira sakti. Ahli sihir itu bertukar menjadi seekor naga yang sangat buruk wajahnya. Lidahnya yang bercabang dua lagi panjang itu terjelir keluar. Darah merah keluar membuak-buak dari dadanya yang terbelah dan mulutnya yang ternganga itu. Menggerikan SUNGGUH.
Dan naga itu telah di lapah dengan kejam oleh budak-budak 'riang ribena' di bawah ini... THE END.
Dalam aku hanyut berhayal yang bukan-bukan, waktu berjalan begitu pantas sekali. Kek hanya sempat ku bakar setelah jam 1:00 petang. Akhirnya aku tidak bisa melapiskan kek-kek yang masih panas itu dengan krimnya.
Maka tanpa niat aku mengambil jalan pintas. Styrofoam jadi penyelamatku. Apa boleh buat, masa sudah tamat. Tapi jangan lupa, semua toppers itu dapat dimakan, kan? Jadi, rasa bersalahku berkurang 50% ngeeeeeeeeeeeh...
Dan untuk mereka-mereka yang telah merasa diri mereka ditipah... ampunkan daku. Lain tahun kalau menempah buatlah perjanjian 8 bulan terlebih awal, bukannya 8jam yah! O_o
Sayang awak semua mwahhhhhhhhh...
p/s 1. Norisah A.Bakar, harap halalkan perbendaharaan katamu, aku pinjam.. Sayang awak juga *;*
2. Untuk melihat aktiviti Sinah Bisc, anda boleh add Sinah Bisc di facebook. Klik - http://www.facebook.com/sinahbisc
2 comments:
kakmOn.. tak kisahlah.. nak ambil buat simpan sampai bila2 pun saya halalkan.. becos dengan kata perbendaharaan itu mampu merangsang kreativiti kakmOn sehingga tercipta sesuatu yang unik lagi menarik.. teruskan la berkhayal dan merepek.. i like..:D
hahahaha terimakasih norish, kekadang kita tidak dapat meneka apa yang akan terjadi di hadapan. Itulah sebabnya kita lebih suka customer yang hanya memberi tema sahaja daripada yang menyertakan gambar untuk 'dicarbon copykan'.
Post a Comment