Friday, May 13, 2011

Astana Dongeng Puteri Raja

Salam pagi sabtu. Sudah sekian lama aku tidak beroperasi, kini kembali semula(maaf bukan sepenuh masa yah)bekerja di dalam makmal kecilku itu. Projek ini sebenarnya sudah lama 'digaran', sejak Oktober 2010 dulu. Untuk menarik diri adalah tidak wajar, apalagi mengenangkan mimpi-mimpi mereka yang sudah lama menginginkan sebuah pesta yang mengesankan.



Jadi, tanpa P.A di sisi aku terpaksa memulakan projek ini terlebih awal. Membakar kek coklat bermula hari rabu. Kemudian sambung lagi frosting, sculpting and decorating pada petang khamis hingga ke pukul 2:30pagi. Dan sambung lagi membuat detailing pagi jumaat hingga pukul 2:00petang. Itu pun tidak sempat siap semuanya.



Lalu aku terpaksa memikirkan jalan yang terbaik untuk mengalihkan perhatian mereka pada objek-objek yang tidak sempat ku siapkan itu. Dengan akal diyamon aku mencapurkan Royal Icing, fondan dan coklat untuk membangunkan sebuah istana impian yang indah.

Beberapa features yang menarik aku tekankan tatariasnya. Misalnya French windows, attic dan towers aku hiaskan dengan bunga-bunga mawar(Royal Icing) yang menjalar liar. Atapnya pula ku buat dari manisan fondan perisa stroberi.

Dan salah satu sudut French window aku letakkan sebuah perigi berair biru dengan sepasang burung pinkjambu sedang memadu kasih di bawah French window itu. Aura romantik lagi syahdu sekelip mata menjelma di depan mata. Aroma harum manis stroberi itu pun jua turut menggetarkan.



Aku belek lagi kek itu. Atas. Kanan. Kiri. Depan. Belakang. SAH! Atap menara dan jendelanya yang tidak siap itu sudah ghaib dek aksi romantik sepasang sejoli di tepi perigi itu. Menghayalkan. SUNGGUH.



Dan dengan izin-NYA jua kek Astana Dongeng Puteri Raja itu pun siap BERBUNGKUS on the dot. Alhamdulillah.



Dan terimakasih buat Yanti yang mempercayai Sinah Bisc untuk memeriahkan majlis hari jadi puterinya. Tidak lupa jua selamat hari jadi buat Puteri Aaliya Rayyana, moga jadi anak yang solehah dan kebanggaan mak-abah.


XOXO -Nina Suria

No comments: