Monday, May 9, 2016

Succulents

Salam petang Isnin yang mulia. Sudah masuk bulan Mei baru dapat angkat muka. Hari ini tergerak hati untuk berkongsi 'cerita cinta' di sini. Musim panas yang membahang ini membuat kita rimas untuk membuat aktiviti di luar rumah. Jadi kita berkemas di dalam saja. 

Nah! Tiga biji pasu dihias dengan SUCCULENT untuk tatapan semua. Tanahnya dari Kek Coklat Badam dan dilapis dengan krim keju. Pasu dan Succulent dibuat daripada aising fondan Vanilla. Batu-batu itu pula daripada gula-gula yang sedap.  Inspirasi dari penggemar Succulent masakini. 

Rasanya sudah cukup untuk kita berkongsi cerita tentang 'mahluk asing' ini, kan??? Insya Allah di lain kesempatan kita akan kongsikan 'çerita cinta' yang lain pula. Daaaaaaaaaaa...






3 comments:

notie said...

wah boleh di makan rupanya. ingatkan lepak di luar ja

HeNRieTTa JoSe said...

cantiknye...dan pstinya sedap...

PS : Salam perkenalan....

Nina Suria said...

notie
terima kasih sayang.. lamanya tak masuk rumah ni.. Ampunnnn

HeNRieTTa JoSe
Waalaikumussalam. Alhamdulillah, Brownies memang kegamaran ramai