Tuesday, November 1, 2011

Salam November

Hari ini 1hb November. Kita sudah menghampiri akhir tahun 2011. Memang tak terasa waktu berlalu. Rasanya baru semalam kita menyambut tahun baharu 2011 itu, kan?

Oh yah! apa khabar anda di luar sana? Hujung minggu kami kali ini benar-benar meriah dan mengujakan. Kelas Deko Kek Cawan begitu memberangsangkan. Apalagi dengan adik-adik kita yang riang ribena itu. 7jam berada di dalam kelas itu tidak terasa. Kami sama-sama bermain dan berkongsi ilmu. Dan di akhir kelas dengan bangganya mereka dapat menghasilkan kek cawan begitu kreatif sekali. Cuba tengok foto-foto yang sempat kami rakamkan di bawah ini.





Berhenti sebentar melepaskan lelah dengan menikmati minum petang bersama sebiji pavlova berintikan krim keju dan ditambahkan dengan buah raspberi dan beribiru yang begitu sedap. Hingga licin tak bersisa..










Kembali semula meneruskan kreativit mengandam kek cawan.




Aku cuma mengajar mereka cara melukis di atas aising fondan dengan menggunakan peralatan yang betul. Dan mereka telah berjaya menghasilkan sesuatu yang di luar dugaan. Kreatif dan berseni.
















Akhirnya mereka membawa pulang hasil kerja tangan mereka dengan senyuman puas. Terbayar segala penat lelah mereka belajar selama 7jam. Syabaz.



Dan terima kasih pada semua yang telah menceriakan suasana kelas dengan gelak yang tiada sudah. Kamu semua pelajar-pelajar yang hebat.

Hingga bertemu lagi. Salam kreatif semua.
XOXO
Sinah Bisc

p/s Sinah Bisc kini beroperasi kembali seperti semula. Sila ke mukabuku Sinah Page, ada banyak aktiviti yang menarik untuk anda sertai.. dan hadiah yang mengecurkan menanti anda. Yang cuma anda perlu lakukan tekan butang LIKE, dan anda sudah boleh menyertai mereka bermain. Pergilah cepat jangan tunggu lamaa.. Nanti ketinggalan...

Monday, October 17, 2011

cip cip cip...


‎Life has been crazily hectic since last two months.. m not complaining though, being busy is a gud thing.. n taught me some valuable(sometimes painful) lessons..


And now juz to update ya guys, Sinah Bisc are back and will be conducted another cupcake decorating class on 30th October 2011.. come join wif us, dun miss the fun..

Date: 30th Oct 2011
Module I: Cupcake Decorating Class
Seat: Six (2seats left)
Fee: BND$120 per seat (need to pay in advance 50% to secure your seat)
Lesson: 5 hours (1pm – 6pm)
Tools to bring: Flower making tools, smoother, edible writer and brush.




Love ya all



Sinah Bisc

Sunday, July 24, 2011

Dirgahayu Kebawah Duli Tuan Patik

Salam Sya'ban semua. Alhamdulillah berkat doa famili dan sahabat-sahabat serta sokongan abiskita semua, dengan izin-NYA jua Sinah Bisc telah dapat menyertai Pameran Urusan Rumahtangga yang gilang gemilang anjuran persatuan PERTIWI bersempena hari keputeraan Baginda Sultan yang ke-65 baru-baru ini di dewan Plenary ICC, Berakas.

HERNIE_23_190711

Baginda Raja Isteri dan Kerabat Diraja yang lain bercemar Duli ke Sinah Bisc Bakery Booth.

HERNIE_24_190711

Baginda Raja Isteri tertarik dengan hiasan gula aising tersebut.

MASMALEH_32

Kek sekotak mawar kuning hasil Sinah Bisc itu telah menarik perhatian Baginda Raja.



Carl dan Ellie(movie UP) jua turut menjadi perhatian Baginda.



Di kesempatan ini jua tidak lupa Sinah Bisc Bakery mengucapkan jutaan terimakasih pada persatuan PERTIWI  yang telah memberi peluang untuk menyertai majlis tersebut. Barakallahu fiikum..



Akhir kalam, saya percaya akan ketentuan TUHAN. Niat yang ikhlas pasti akan direstui-NYA jua. Alhamdulillah Ya Rahman..





p/s foto-foto dipinjam dari Info Foto Gallery (JPM) ~ mohon kongsi.

Monday, May 16, 2011

Alam Merepek

Salam buat semua tetamuku di sini. Hari ahad lalu tanpa ada perancangan untuk bermain gula aising, pagi-pagi buta, adindaku menghantar pesanan yang cukup membuat aku menarik nafas panjang. Padahal tadinya aku baru sahaja menyediakan bahan-bahan untuk memasak Nasi Briyani Masala Ayam Golek Bersalut mashed potatoes. Dengan penetapan itu aku dikerahkan untuk membawa kek ulang tahun sahaja untuk majlis tahlil, sekali gus meraikan hari jadi anak saudara kita yang tiga orang itu.

Bayangkan.. Aku cuma ada dua tangan. Kakak pula awal-awal sudah angkat 'papan tanda'; "JANGAN GANGGU, PEPERIKSAAN DI HADAPAN".  Lalu dalam masa kecederaan itu aku berfikir untuk membeli saja kek hari jadi yang sudah siap. TITIK. Habis cerita.

Dalam aku membuat mi soto untuk sarapan pagi, tetiba kepalaku dihujani berbagai ilham. Wira sakti. Wirawati. Putera. Puteri Raja. Gergasi. Nenek kebayan. Pondok gula-gula. Dan entah apa-apa lagi mengenai cerita 'AJAIB' yang sungguh MENGARUT.

Siap kami bersarapan anak beranak, aku pun memulakan cerita yang ku bayangkan waktu aku membuat mi soto tadi.

Lalu aku bangunkan watak seorang wira sakti dengan pakaian besi tanpa ada plan induk yang dapat ku 'carbon copy'. Setelah beberapa kali merombak wira sakti itu, akhirnya aku berjaya juga membuatnya berdiri dengan lidi sate.



Kemudian aku terus mewarnakan baju besinya dengan luster powder, warna biru langit dan warna coklat tembaga. Memang nampak gagah wira sakti itu dengan baju besi birunya. Lalu aku tambahkan lagi dengan sebilah pedang.



WOW. Aku sendiri terperanjat melihat hasinya. Sungguh menakjubkan. Bravo... (masuk lift, tekan sendiri punat tingkat paling atas).



Kemudian aku buat lagi seekor kuda putih yang bersayap sebagai teman wira sakti itu... Sejam aku melutaninya, namun sayapnya tidak mahu berkibar teggak. Akhirnya aku mengalah, lalu ku letakkan saja seorang puteri raja di atasnya.



Dan alam merepek ku pun bermula...

Sedang wira sakti membawa puteri raja bersama ketulan emas sekian banyaknya, berpindah ke istana baharu baginda, datanglah seorang ahli sihir menghalang perjalanan mereka. Ahli sihir itu sebenarnya sudah lama mengidamkan puteri raja itu dan ingin menawan harta karun baginda, SELURUHNYA. Lalu kesempatan yang ada di depan mata itu tidak di lepaskannya begitu sahaja.



Perbelahan senget pun meletus di antara wira sakti dan ahli sihir itu. Akhirnya ahli sihir itu terbunuh dengan sadisnya di tangan wira sakti. Ahli sihir itu bertukar menjadi seekor naga yang sangat buruk wajahnya. Lidahnya yang bercabang dua lagi panjang itu terjelir keluar. Darah merah keluar membuak-buak dari dadanya yang terbelah dan mulutnya yang ternganga itu. Menggerikan SUNGGUH.



Dan naga itu telah di lapah dengan kejam oleh budak-budak 'riang ribena' di bawah ini... THE END.
















~Anekdot~


Dalam aku hanyut berhayal yang bukan-bukan, waktu berjalan begitu pantas sekali. Kek hanya sempat ku bakar setelah jam 1:00 petang.  Akhirnya aku tidak bisa melapiskan kek-kek yang masih panas itu dengan krimnya.


Maka tanpa niat aku mengambil jalan pintas. Styrofoam jadi penyelamatku. Apa boleh buat, masa sudah tamat. Tapi jangan lupa, semua toppers itu dapat dimakan, kan? Jadi, rasa bersalahku berkurang 50% ngeeeeeeeeeeeh...


Dan untuk mereka-mereka yang telah merasa diri mereka ditipah... ampunkan daku. Lain tahun kalau menempah buatlah perjanjian 8 bulan terlebih awal, bukannya 8jam yah!  O_o


Sayang awak semua mwahhhhhhhhh...


p/s 1. Norisah A.Bakar, harap halalkan perbendaharaan katamu, aku pinjam.. Sayang awak juga *;*
  2. Untuk melihat aktiviti Sinah Bisc, anda boleh add Sinah Bisc di facebook. Klik - http://www.facebook.com/sinahbisc 

Friday, May 13, 2011

Astana Dongeng Puteri Raja

Salam pagi sabtu. Sudah sekian lama aku tidak beroperasi, kini kembali semula(maaf bukan sepenuh masa yah)bekerja di dalam makmal kecilku itu. Projek ini sebenarnya sudah lama 'digaran', sejak Oktober 2010 dulu. Untuk menarik diri adalah tidak wajar, apalagi mengenangkan mimpi-mimpi mereka yang sudah lama menginginkan sebuah pesta yang mengesankan.



Jadi, tanpa P.A di sisi aku terpaksa memulakan projek ini terlebih awal. Membakar kek coklat bermula hari rabu. Kemudian sambung lagi frosting, sculpting and decorating pada petang khamis hingga ke pukul 2:30pagi. Dan sambung lagi membuat detailing pagi jumaat hingga pukul 2:00petang. Itu pun tidak sempat siap semuanya.



Lalu aku terpaksa memikirkan jalan yang terbaik untuk mengalihkan perhatian mereka pada objek-objek yang tidak sempat ku siapkan itu. Dengan akal diyamon aku mencapurkan Royal Icing, fondan dan coklat untuk membangunkan sebuah istana impian yang indah.

Beberapa features yang menarik aku tekankan tatariasnya. Misalnya French windows, attic dan towers aku hiaskan dengan bunga-bunga mawar(Royal Icing) yang menjalar liar. Atapnya pula ku buat dari manisan fondan perisa stroberi.

Dan salah satu sudut French window aku letakkan sebuah perigi berair biru dengan sepasang burung pinkjambu sedang memadu kasih di bawah French window itu. Aura romantik lagi syahdu sekelip mata menjelma di depan mata. Aroma harum manis stroberi itu pun jua turut menggetarkan.



Aku belek lagi kek itu. Atas. Kanan. Kiri. Depan. Belakang. SAH! Atap menara dan jendelanya yang tidak siap itu sudah ghaib dek aksi romantik sepasang sejoli di tepi perigi itu. Menghayalkan. SUNGGUH.



Dan dengan izin-NYA jua kek Astana Dongeng Puteri Raja itu pun siap BERBUNGKUS on the dot. Alhamdulillah.



Dan terimakasih buat Yanti yang mempercayai Sinah Bisc untuk memeriahkan majlis hari jadi puterinya. Tidak lupa jua selamat hari jadi buat Puteri Aaliya Rayyana, moga jadi anak yang solehah dan kebanggaan mak-abah.


XOXO -Nina Suria