Monday, May 9, 2016

Succulents

Salam petang Isnin yang mulia. Sudah masuk bulan Mei baru dapat angkat muka. Hari ini tergerak hati untuk berkongsi 'cerita cinta' di sini. Musim panas yang membahang ini membuat kita rimas untuk membuat aktiviti di luar rumah. Jadi kita berkemas di dalam saja. 

Nah! Tiga biji pasu dihias dengan SUCCULENT untuk tatapan semua. Tanahnya dari Kek Coklat Badam dan dilapis dengan krim keju. Pasu dan Succulent dibuat daripada aising fondan Vanilla. Batu-batu itu pula daripada gula-gula yang sedap.  Inspirasi dari penggemar Succulent masakini. 

Rasanya sudah cukup untuk kita berkongsi cerita tentang 'mahluk asing' ini, kan??? Insya Allah di lain kesempatan kita akan kongsikan 'çerita cinta' yang lain pula. Daaaaaaaaaaa...






Friday, October 16, 2015

Gravity-Defying Cake

Salam Maal Hijrah 1437 semua. Lamanya kita membisu di sini. Pagi ini kita lapang sikit. Ada satu rasa rindu ingin menjenguk anda di sini. Apa khabar kalian? Sehat? Moga Dia sentiasa memberi kita rahmah dan hidayah-Nya. Amin ya Allah.

Ok pagi ini kita merenggangkan otot sedikit dengan menjamu sebiji kek yang cukup menakjubkan. Silakan..

Psssttt.. siapa tak nampak orang peggang sepet tu.. ehemmmm *wink* 


Ok kita pergi dulu. Insya Allah jika ada kesempatan kita akan bersama lagi di sini. Sekian. Selamat berhujung minggu semua xoxo

Wednesday, May 2, 2012

BMW Z3


She gave me this project sometimes february and it was a very challenging one.. 


Tuesday, April 17, 2012

Bliss Wedding Showcase 2012 @ Empire Hotel & Country Club











Selamat malam semua. Alhamdulillah Sinah Bisc @ BWS2012 berakhir dengan cemerlang. Setinggi penghargaan buat saudara sepusat sepusing; Ryn, Reyma dan Esbee yang turut bertungkus lumus merealisasikan impianku ini. Dan jua buat anak-anak yang manis menyambut tetamu di sana; Nana, Ika, Leyn, Mairah dan Syifa. Kalian memang hebat.

p/s foto-foto dipinjam dari WHITE ROOM STUDIO dan RANOADIDAS. Terima kasih.

Monday, March 5, 2012

Semangat Anak Berunai






Ucapan setinggi terima kasihku pada Penghulu Mukim Kilanas, Ketua Kampung Bunut dan AJK Muslimah yang telah memberi kepercayaan penuh pada Sinah Bisc untuk merealisasikan impian-impian melangit itu..

Jua terima kasih pada suami dan anak-anak yang bertungkus lumus bergabung tenaga menjayakan projek mega itu, di balik tabir..



Jua ucapan terima kasih seluas laut biru buat adindaku Rahimah yang menjadi tulang belakangku..


Tanpamu pasti panji-panji itu tidak akan berseri sebegitu rupa..



Jua terima kasih pada ahli-ahli Muslimah Masjid Kampung Bunut yang begitu bersemangat berganding bahu menjayakan projek 'antak-didih' itu.

Dan semua warga mukim Kilanas yang sama-sama menyokong padu dan menyerikan majlis Amal itu.

Moga semua penat lelah abiskita akan diberi ganjaran berlipat ganda dari-NYA jua.

Dan tidak lupa juga terima kasih pada mereka-mereka yang telah berbelanja sekali gus menderma ke tabung Anak-Anak Yatim Kebangsaan Brunei.

Moga perlaburan abiskita mendapat barakah dunia dan akhirah..


Akhir kalam, salam ukhuwah semua..


Wednesday, February 29, 2012

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-28 DI KAMPONG BUNUT


Dengan hormat, sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Takmir Muslimah Masjid Kg. Bunut, dengan kerjasama Majlis-Majlis Perundingan Kg. Bunut Perpindahan, Tasek Meradun-Bunut, Madewa, Telanai dan Sungai Ketam, serta Persatuan IKERAB, akan mengadakan Majlis Walkaton Merdeka, serta Peraduan Mewarna dan Menulis Jawi bagi kanak-kanak.

Peraduan Mewarna dan Menulis Jawi bagi kanak-kanak akan diadakan pada: Hari: Jumaat Tarikh: 2hb Mac 2012 Tempat: Masjid Kg. Bunut *Untuk pendaftaran serta keterangan lanjut, sila ke Masjid Kg. Bunut dan berjumpa dengan Imam Masjid Kg. Bunut.

Majlis Walkaton Merdeka akan diadakan pada: Hari: Ahad Tarikh: 4hb Mac 2012 Jam: 6.30 Pagi Bermula dari: Taman Persiaran Damuan Berakhir di: Masjid Kg. Bunut, dan seterusnya merasmikan potongan ribon bagi Jualan Cupcake yang berjumlah kira-kira 1000 biji.

Sesiapa yang ingin mendapatkan kupon bagi jualan cupcake ini bolehlah mendapatkannya dengan menghubungi di talian 8622955/8621068/8722772/8191839.

Dipohonkan agar penduduk-penduduk sekitar kampong-kampong yang tersebut diatas agar hadir bersama dan memeriahkan majlis tersebut. sekian terima kasih.

Kupon-kupon berharga $6.00 untuk 4biji dan $15.00 untuk satu dozen. Marilah kita sama-sama berbelanja sambil menderma. Barakallahu fiik..



Tuesday, February 14, 2012

Kaki Joran



Salam selasa semua. Apa khabar anda di luar sana? Sudah lama aku tidak berkicau di sini. Kerja yang menggunung tidak menyebelahi aku untuk bermain di sini. Jika anda rindu padaku, ziarahilah aku di mukabuku Sinah Bisc di sana..

Oh yah! Aku ingin berkongsi projek minggu lalu. Seekor ikan Selunsong a.k.a Siakap buat pesta ulang tahun ayahanda saudara yang ke ENAM PULUH TAHUN. Beliau memang punya hobi memancing. Lalu puterinya meminta aku membuat sebiji kek ulang tahun bertemakan KAKI JORAN.



Beberapa hari aku memikirkan projek Kaki Joran itu.. Akhirnya aku mendapat idea juga setelah membeli ikan Selunsong di Pasaraya SKH di Manggis pagi khamis itu. Ikan Selunsong 1.5kg itu ku jadikan model untuk merealisasikan impian KAKI JORAN.



Alhamdulillah.. tanpa pernah menduga, projek itu benar-benar berjaya ku hasilkan dengan magis. Cuba perhatikan ikan dan chopping board itu... sungguh menakjubkan bukan?


Dan untuk pengetahuan anda, ikan itu daripada sebiji kek Baldu Merah yang berkrim Nuttella dan chocolate ganache. Dan chopping board itu pula dari sebiji kek Keju berkrim keju stroberi yang mewah. Dua kombinasi kek  yang cukup menggoda untuk tidak menolaknya.

Akhir kalam, selamat ulang tahun ke 60 ayahanda Hj Hussien Hj Mohd Yusof. Moga sentiasa dalam rangkulan rahmah Illahi dan berbahagia di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabb..

Salam sayang
Sinah Bisc


Monday, January 23, 2012

SWEET GARDEN TEA PARTY



A gardenfull of fun under the sun :D
where you can savour the scrumptious cuppies
and enjoy the sweetness of Sinah backyard garden.
An authentic Tea Party Sinah's style .



Sweet Garden By Sinah Bisc. Bakery
Food Taster Day 
Sunday, 29th. January, 2012 3 pm 
PROMOTION $5.00 only 
Ticket value: $18.00.



Interested? Give us a call at 8 778 280 to purchased the ticket before 27th January 2012 at 10:00p.m. Thank you.

 Cheers
Sinah Bisc

Thursday, December 29, 2011

Cupcake Class



Sinah Bisc will be conducted another cupcake class on 8th Jan 2012..





Date: 8th Jan 2012
Module I: Basic Cupcake; Baking and Decorating
Seat: 10seats
Fee: BND$100 per seat (need to pay in advance 50% to secure your seat)
Duration: 4 hours (2pm – 6pm)
Subject: Cupcakes; Blueberry Cheese, Red Velvet and Choca Chunky. Frosting; Patch Fondant, Cheese Cream, Fresh Cream and Chocolate Ganache.
Venue: Somewhere behind Giant Hypermart Tasik Rimba

Salam
xoxo
Sinah Bisc

Sunday, November 20, 2011

Miss our cupcakes?

We're back selling cupcakes now. You can place your order two days in advance, except the customised one.  You can select your favorite flavor, fillings and toppers. The cheese mania cupcakes are $14.00 per dozen. The normal cupcakes are $12.00 per dozen. Do sms us if you're interested; 8 778 280. Thank you.









You can see more cupcakes at Sinah Bisc Page, visit us there. See ya..

XOXO
Sinah Bisc


Friday, November 18, 2011

Balik Haji

Salam dan selamat malam semua.. Alhamdulillah semua jemaah Haji kita sudah selamat sampai ke rumah.. dan Sinah Bisc berpeluang menghasilkan sebiji kek yang bertema 'Balik Haji'. Sebuah projek yang mendadak tapi begitu mengujakanku.. dan terlalu sayang untuk dihampakan..




Terima kasih pada mama Iffah Isman yang mempercayai Sinah Bisc untuk membuat kek Hari Jadi tersebut..



XOXO
Sinah Bisc

Monday, November 14, 2011

Bake with LOVE

I had a marvelous sunday. I smell the wet grass in the back yard. The sun was shining brightly. And the birds were singing sweetly. I feel like to dance.. Huuuuuh what a beautiful panorama I had.. Alhamdulillah..


A huge thank you to Reyma for being more than help assistant all day long and for making my garden look 'FANTABULOUS', too.


Let the picture do the talking..
























  



Well done to all of you, ladies. 


Two days of stress, sleepless nights, bloody sweat and tears.. Will I do it again? You bet I will.


p/s ~ And a million thanks to Klavu for the sweet tags that she had made for us and the Bake with LOVE frame. And to my daughter, Liyana.. You did a great job dear, the photograph were magnificent.. Loviya.. 



Thank you sooooooooo much for everyone.. A special day to always remember..


XOXO

Sinah Bisc